Page 2 - Sambutan Maal Hijrah
P. 2

Pengenalan










               Maal Hijrah ialah di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah

               Islam. Peristiwa ini disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Mu-

               harram  dengan  pelbagai  program  bagi  mengingati  semula  peristiwa
               agung ini di samping mengambil pengajaran daripadanya.


                     Hijrah pada bahasa ialah berpindah. Pada istilah ialah perpindahan
               Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah.


                     Peristiwa  ini  berlaku  pada  tahun  ke-13,  baginda  dilantik  menjadi

               Rasul. Dalam konteks hari ini, hijrah bermaksud berubah kepada sikap

               yang lebih positif, peningkatan ilmu, penguasaan ekonomi di kalangan
               umat  Islam,  penguasaan  Sains  dan  teknologi  serta  memperbaiki  pan-

               dangan bukan Islam terhadap Islam.

                     Justeru itu, adalah amat penting majlis ini dilaksanakan di peringkat

               sekolah bagi mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa

               pentingnya hijrah pada umat Islam.







                                                           Objektif










          1.   Mendedahkan murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.

          2.  Mendedahkan dan membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan


                kebaikan daripada peristiwa hijrah itu.

          3.   Mengubah tanggapan bukan Islam terhadap Islam.


          4.   Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah S.A.W.
   1   2   3   4   5   6