Page 5 - BUKU PENGURUSAN SMKDD1 2018
P. 5

.:: PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM TAHUN 2018  :: ||     1

                                 SEUNTAI KATA SEGUNUNG HARAPAN PENGETUA

                                           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


               Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

                       Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Buku Panduan
               Pengurusan  dan  Takwim  tahun  2018  dapat  disiapkan  sebelum  sesi  persekolahan  bermula.  Semoga  kita
               semua diberi olehNya kekuatan untuk melaksanakan setiap apa yang dirancang dengan jayanya.

                       Buku Panduan Pengurusan dan Takwim tahun 2018 ini adalah sebagai garis panduan dan rujukan
               utama  bagi  semua  guru  dan  warga  SMKDD1.  Justeru  itu,  saya  berharap  perancangan  ini  dapat
               dimanfaatkan oleh semua guru agar dapat meningkatkan lagi integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan
               pentadbiran,  kurikulum,  hal  ehwal  murid  dan  kokurikulum  sepanjang  tahun  ini.  Semoga  ia  dapat
               membantu  dan  memudahkan  semua  pihak  dalam  melaksanakan  tugas  dan  tanggungjawab  yang  telah
               diberikan.

                       Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan panduan  untuk semua
               pendidik dan warga sekolah bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai hasrat
               mentransformasikan Pendidikan Negara ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Ini adalah cabaran yang amat
               besar buat kita semua untuk merealisasikannya. InsyaAllah berkat kegigihan dan ketabahan kita akan cuba
               capai bersama visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

                       Marilah  kita  sama-sama  mendokong  cita-cita  murni  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
               (PPPM) ini yang menggariskan 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan
               Utama dalam 3 gelombang yang bermula 2013-2025.

                       Akhir kata, ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
               Ahli Jawatankuasa Perancangan Pengurusan dan Takwim tahun 2018 di atas usaha gigih dan komitmen
               yang  begitu    tinggi  dalam  memastikan  perancangan  ini  dapat  disiapkan  mengikut  jadual  yang  telah
               ditetapkan.

                       Segala perancangan serta kesungguhan dan keiltizaman kita dalam menzahirkan sesuatu yang baik
               hendaklah diserapkan sebagai satu budaya organisasi yang mampan agar kejayaan yang  hendak dicapai
               menjadi teras yang akan mencetuskan penjenamaan yang membentuk organisasi yang bermakna.

                                       “TUGAS ITU AMANAH, KERJA ITU IBADAH”

               Sekian, terima kasih.


               Julia Binti Hamzah
               Pengetua
               SMK Damansara Damai 1
               Petaling Jaya, Selangor.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10