Page 2 - MANIFESTO PERAK FULL FINAL
P. 2

MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE 14


                  PENGENALAN












                   Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan
                   melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan
                   (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
                                                   Surah Al-A’raf Ayat 96


                 Segala puji hanyalah kepada Allah Rabbul Jalil Yang Memiliki seluruh
                 kerajaan  langit  dan  bumi.  Salawat  dan  salam  ke  atas  Penghulu  Sekalian
                 Rasul, Saiyyidina Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam.


                 Pada saat yang berbahagia ini, dikemukakan sebuah manifesto peringkat
                 negeri sebagai janji Gagasan Sejahtera kepada seluruh rakyat negeri
                 Perak Darul Ridzuan sekiranya dapat membentuk kerajaan negeri dalam
                 Pilihanraya Umum Ke-14 ini. Gagasan Sejahtera adalah gabungan yang
                 terdiri dari Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Ikatan Bangsa Malaysia
                 (IKATAN), Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA), lebih 200 NGO
                 dan tokoh berpengaruh (NGI).

                 Manifesto ini mempunyai 5 Teras sebagai prinsip, 40 Tawaran Utama dan
                 57 Komitmen dirangka sebagai usaha Gagasan untuk menjadikan Perak
                 Sejahtera.     Semoga      Allah    SWT      mengurniakan        keizinanNya       dan
                 memberikan kami kekuatan demi menjayakan hasrat Negeri Sejahtera,
                 Rakyat Bahagia.












                   Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
                   yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau
                   muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di
                   tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
                                                  Surah Ali Imran Ayat 26
                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7