Page 35 - panduan PENGURUSAN dan pentadbiran 2020 [sk bukit beruntung 2]
P. 35
PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020 [SK BUKIT BERUNTUNG 2]
2.10 TUJUH TUGAS UTAMA KETUA PANITIA
1) Menyelaras urusan kepanitiaan
➢ Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun
tambahan. Termasuklah program-program ko-akademik.
➢ Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
➢ Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori
barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu
Belajar)
2) Menguruskan mesyuarat panitia
➢ Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.
➢ Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
➢ Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.
3) Membuat perancangan tahunan
➢ Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
➢ Menguruskan penyediaan RPT.
➢ Membuat takwim semakan buku latihan.
➢ Membuat sasaran pencapaian.
➢ Merancang program akademik.
4) Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role model'
➢ Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
➢ Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.
5) Menguruskan jadual waktu
➢ Peka dengan jadual waktu guru.
6) Pemantauan dan Pencerapan
➢ Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
➢ Membuat penilaian.
➢ Membina intervensi untuk guru.
7) Memperkasakan staff
➢ Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
➢ Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
➢ Menilai program-program pembangunan guru.
➢ Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina
ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
➢ Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.
Page | 31