Page 2 - C:\Users\AIDDA77\Dropbox\PENTADBIRAN SKBB2\BUKU PENGURUSAN 2020\
P. 2

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020 [SK BUKIT BERUNTUNG 2]











            Assalamualikum  warahmatullahi  wabarakatuh,  salam  sejahtera  dan

            salam SKBB2 TERSOHOR

            Alhamdulillah  bersyukur  saya  kehadrat  ilahi  kerana  dengan

            keizinanNya dapat kita semua bersua lagi bagi sesi persekolahan 2020.
            Kejayaan sebuah organisasi itu terletak pada manifestasi dari sifat dan

            semangat      permuafakatan       antara    pihak    pengurusan,     guru,
            kakitangan, ibu bapa dan murid.


            Manusia yang berjaya ialah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil

            kecerdikan  akalnya,  kesederan  dalaman  dan  kesejahteraan  jasmaninya.    Hasrat  untuk
            melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri berkenaan boleh dicapai sekiranya para guru

            komited,  berdidikasi  dan  bersungguh-sungguah  menjalankan  tugas  selain  bersedia
            melaksanakan perubahan demi perubahan ke arah yang lebih baik.


            Oleh yang demikian harapan saya bagi tahun 2020 ini, setiap murid mestilah melengkapkan diri

            dengan ilmu pengetahuan serta ciri-ciri kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang
            terpuji.  Kesinambungan  antara  aspek  rohani  dan  jasmani  dapat  membantu  murid  menjadi

            seorang insan yang berpengetahuan, berbudi dan beriltizam tinggi.  Ini juga sekaligus dapat
            mengikis budaya negatif yang dilihat kebelakangan ini mula menular di sekolah.  Kita semua

            bertanggungjawab  melahirkan  generasi  yang  berilmu,  mempunyai  akhlak  yang  mulia  dan
            mampu memberikan sumbangan yang positif kepada keluarga dan Negara.


            Oleh yang demikian, marilah kita bergandingan bahu serta saling memberi dan memerlukan

            untuk meletak dan mengangkat SK Bukit Beruntung 2 sebagai sekolah yang menjadi contoh
            dalam kepelbagaian bidang yang cemerlang.













          Page | 1
   1   2   3   4   5   6   7