Page 3 - C:\Users\AIDDA77\Dropbox\PENTADBIRAN SKBB2\BUKU PENGURUSAN 2020\
P. 3
PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2020 [SK BUKIT BERUNTUNG 2]
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan
salam SKBB2 TERSOHOR
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan
keizinanNya dapat kita semua bersua lagi bagi sesi persekolahan 2020.
Kejayaan sebuah organisasi itu terletak pada manifestasi dari sifat dan
semangat permuafakatan antara pihak pengurusan, guru,
kakitangan, ibu bapa dan murid.
Manusia yang berjaya ialah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil
kecerdikan akalnya, kesederan dalaman dan kesejahteraan jasmaninya. Hasrat untuk
melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri berkenaan boleh dicapai sekiranya para guru
komited, berdidikasi dan bersungguh-sungguah menjalankan tugas selain bersedia
melaksanakan perubahan demi perubahan ke arah yang lebih baik.
Oleh yang demikian harapan saya bagi tahun 2020 ini, setiap murid mestilah melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan serta ciri-ciri kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang
terpuji. Kesinambungan antara aspek rohani dan jasmani dapat membantu murid menjadi
seorang insan yang berpengetahuan, berbudi dan beriltizam tinggi. Ini juga sekaligus dapat
mengikis budaya negatif yang dilihat kebelakangan ini mula menular di sekolah. Kita semua
bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan
mampu memberikan sumbangan yang positif kepada keluarga dan Negara.
Oleh yang demikian, marilah kita bergandingan bahu serta saling memberi dan memerlukan
untuk meletak dan mengangkat SK Bukit Beruntung 2 sebagai sekolah yang menjadi contoh
dalam kepelbagaian bidang yang cemerlang.
Page | 1