Page 2 - AMALI BIOTA TANAH (NUR SYAMIMI)_Neat
P. 2
EKOSISTEM TANAH – BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN
TUJUAN
Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang dapat ditemui di dalam jenis
tanah yang berbeza yang diambil dari kawasan yang berbeza.
PENGENALAN
Sesuatu ekosistem adalah unit semula jadi yang terdiri daripada komponen-
komponen hidup dan tidak hidup, yang perkaitan hubungan antara kedua-duanya
menghasilkan suatu ekosistem yang stabil dan swakekal. Dalam erti kata lain, ia
menghubungkan organisma dalam satu komuniti yang lain dan juga dengan
persekitarannya. Ekosistem terdiri daripada komuniti-komuniti organisma yang saling
bertindak antara satu sama lain dan dengan benda tak hidup (abiotik) dari persekitaran.
Oleh yang demikian, penganalisisan sesuatu ekosistem melibatkan kajian ke atas
komuniti-komuniti semula jadi. Komuniti tersebut boleh wujud dalam kolam air tawar,
tanah, hutan atau lubuk batu di tepi pantai. Walau bagaimanapun keadaannya, adalah
perlu untuk mengenal pasti organisma-organisma yang hidup di tempat itu. Kerja ini boleh
dilakukan dengan prosedur-prosedur yang sistematik. Kemudiannya adalah perlu untuk
menentukan taburan spesies yang berlainan secara kuantitatif serta mengaitkannya
dengan faktor-faktor fizikal dan biotik dari persekitaran.
Ekosistem merupakan suatu sistem yang terbuka di mana input-input,
perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga berlaku
dalam satu arah sahaja bagi setiap ekosistem. Kebiasaannya, aliran tenaga bermula
apabila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
Autotrof merupakan organisma pengeluar ‘producer’ bagi sesuatu ekosistem. Sebatian
organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas
kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Jaringan makanan merupakan satu kitaran
yang terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam
jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai.
Pertalian nutrisi di antara organisma-organisma tersebut merupakan suatu jaringan
makanan yang prinsip asasnya dijelaskan dalam Rajah 1. Kebanyakan tenaga yang
memasuki jaringan makanan akan hilang ke persekitaran terutamanya dalam bentuk
metabolism.
2