Page 7 - Buku Pengurusan PUTERA 2019 Edisi Final 18 dec 2018
P. 7
MANUAL PENGURUSAN PUTERA 2 0 1 9
P E M U L A B I C A R A
T
ahniah kepada seluruh warga SMKTSIP kerana
menerima amanah dan tanggungjawab untuk tahun 2019.
Bersamalah kita melakukan tranfromasi minda dan budaya kerja
demi nama SMKTSIP agak terus berdiri dan duduk sebaris
dengan sekolah lain di Daerah Kubang Pasu dalam pelbagai
bidang.
P
ara guru dan warga SMKTSIP hendaklah sentiasa
sederap selangkah menghasilkan mutu kerja berkualiti dalam
kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, pendokumentasian dan
imej perkhidmatan. Langkah ini bertepatan dengan seruan
“Melangkah Ke hadapan” Kementerian Pendidikan. Semua
tindakan ini diharapkan dapat meningkatkan mutu pencapaian
akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar seperti yang
disasarkan dalam KPI dashboard sekolah.
A khir kalam, sebagai peneraju sekolah, saya amat berharap
seluruh warga sekolah mendukung Perancangan Strategik
SMKTSIP 2019-2020 dan seterusnya melaksanakan semua
program yang dirancang mengikut jajaran masa untuk
menjulang nama SMKTSIP dan seterusnya membawa SMKTSIP
kecemerlangan selari dengan motto ‘Gemilang Putera”
Sekian, terima kasih
AZIZAH BINTI IBRAHIM
Pengetua
SMK Tunku Seri Indera Putera
6