Page 5 - C:\Users\HP-PC\Documents\Flip PDF Professional\K02094_20190124143551_kajian tindakan\
P. 5
2. Petunjuk kuantiti
Merujuk kepada maklumat-maklumat yang ingin disampaikan oleh
penutur seharusnya maklumat yang tepat dan cukup informatif serta
menepati maksud sebenar penutur.
Ianya bersifat sempurna dan segala maklumat yang disampaikan
adalah tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya.
3. Petunjuk hubungan.
Petunjuk hubungan boleh juga disebut sebagai maksim pertalian yang
mana ia adalah merujuk kepada ujaran yang dituturkan oleh penutur
yang seharusnya berkesinambungan dan relevan pada setiap
peringkat. Maksim perbualan ini menyatakan bahawa setiap
sumbangan peserta harus berhubungan dengan tajuk perbualan.
Katakan seorang lelaki bangun pagi dan bertanyakan isterinya pukul
berapa sekarang? isterinya menjawab orang pejabat dah masuk
kerja. Pernyataan isterinya menimbulkan implikatur kepada suaminya
Jawapan isteri telah melanggar maksim perbualan relevan atau
hubungan dan dia mempunyai alasan mengapa tidak memberikan
jawapan yang diberikan.