Page 13 - Komunikasi dalam islam
P. 13
Di samping itu, penghasilan filem berunsurkan khurafat juga boleh
mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama sekali golongan
kanak – kanak. Seperti yang kita tahu kanak – kanak mudah belajar
melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan sekeliling. Hal ini
ditakuti akan menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi
muda. Dalam pada itu ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh
dengan aksi – aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud
pelbagai jenis hantu yang direka semata – mata untuk menimbulkan
rasaseram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi
adalah lebih kepada hantu – hantu rekaan tersebut melebihi kepada
Allah s.w.t
13