Page 4 - Komunikasi dalam islam
P. 4
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kita acap kali dihidangkan dengan pelbagai jenis medium
hiburan. Antara medium tersebut adalah dari segi media cetak mahu pun media elektronik.
Oleh yang demikian, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena
kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Seperti yang kita
lihat ada masa kini, industri hiburan tanah air semakin berkembang pesat dengan
penghasilan pelbagai bentuk filem mahupun drama tidak kira sama ada berunsurkan
komedi, romantik, aksi mahupun seram. Namun begitu pengenalan kepada filem mahupun
drama yang berunsurkan seram semakin mendapat tempat di hati masyarakat pada masa
kini. Atas sebab tertentu sesetengah daripada masyarakat mengkritik pengenalan fillem
seram ini disebabkan terdapat unsur yang negatif yang boleh menggundang kesan yang
tidak baik kepada penonton mahupun masyarakat.
.
4