Page 5 - PAMERAN MAYA CNY pdf
P. 5
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang
kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan
kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah
menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12
binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha.
Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau,
kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan
bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.