Page 115 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 115

Bab 2 - 76






            2.8.2   Rumusan Penemuan Kajian Kes_Tanah Perkuburan Islam


           Komponen/ Kategori   Isu-isu Semasa Kajian Kes

           Struktur Bangunan,   •  Tempat Perkuburan lama dan terbiar yang tidak diselenggara yang mampu
           Penyelenggaraan Dan     mengancam kepada keselamatan orang awam selain memberi impak negatif
           Penambahbaikan          kepada rekabentuk bandar.

                                •  Kebanyakan  Tempat  Perkuburan  menggunakan  pagar  dawai/besi  yang
                                   menyebabkan isu pencerobohan dan kecurian berlaku seperti isu kecurian tiang
                                   lampu di Tempat Perkuburan.
                                •  Kekurangan dana bagi menyelenggara persekitaran Tempat Perkuburan.

                                •  Kekurangan komponen dan kemudahan  yang diperlukan bagi setiap Tempat
                                   Perkuburan adalah ruang rehat, gazebo dan tandas
           Struktur Tanah/ Isu  •  Struktur tanah yang tidak sesuai bagi Tempat Perkuburan seperti di kawasan
           Hakmilik Tanah          berbukit, kawasan berhampiran badan air yang berisiko berlaku banjir apabila
                                   hujan lebat, dan lain-lain kawasan yang memerlukan penelitian dalam membentuk
                                   garis panduan Tempat Perkuburan pada masa akan datang.

                                •  Isu hakmilik tanah di mana tanah tersebut belum diserah milikan kepada pihak
                                   Jabatan Agama Islam walaupun penyelenggaraan telah dilaksanakan sepenuhnya
                                   serta Tempat Perkuburan yang tidak mempunyai kebenaran merancang .
                                •  Kekurangan dan ketidakcukupan Tempat Perkuburan untuk keperluan akan
                                   datang disebabkan oleh kapasiti lot perkuburan yang telah penuh pada masa kini.

           Rekabentuk Sejagat   •  Keperluan dana bagi menaiktaraf laluan OKU, tandas OKU serta lain-lain aspek
           (Universal Design)      yang perlu diambil kira.


                                •  Penyediaan tandas dan laluan pejalan kaki di setiap Tempat Perkuburan.
           Kecukupan Kawasan    •  Penyediaan tempat letak kereta yang kurang di Tempat Perkuburan terutama
           Tempat Letak            ketika peningkatan pengunjung semasa musim perayaan.
           Kenderaan


           Papan Tanda Nama     •  Terdapat Tempat Perkuburan yang menggunakan papan tanda nama lama dan
           Dan Maklumat            usang
                                •  Kebanyakan Tempat Perkuburan yang tidak mempunyai papan tanda nama
                                   disebabkan tanah tersebut adalah hakmilik individu dan bukan hakmilik pihak
                                   Jabatan Agama Islam.
           Cadangan             •  Pembangunan semula Tempat Perkuburan lama yang tidak dijaga atau diuruskan
           Penambahbaikkan         bagi penyusunan semula lot perkuburan.
           Keselamatan Dan      •  Keperluan bagi faktor keselamatan dengan sistem kamera keselamatan litar
           Kecemasan               tertutup (CCTV) diperlukan bagi mengelakkan berlakunya kes kecurian.
                                   Kebanyakan Tempat Perkuburan tidak mempunyai kamera keselamtan litar
                                   tertutup (CCTV).



           Sumber: Kajian Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-lain Agama




                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120