Page 219 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 219

Bab 2 - 180







            2.9.6  Rumusan Penemuan Kajian Kes
           Jadual 2.143: Rumusan Penemuan Isu Semasa Kajian Kes Gurdwara

            KOMPONEN/         RUMUSAN PENEMUAN ISU SEMASA KAJIAN KES
            KATEGORI

            LATAR BELAKANG    Gurdwara di Malaysia telah berumur dengan purata melebihi 60 tahun. Pembinaan
                              Gurdwara baru telah berkurang. Gurdwara mengoptima keluasan tapak dengan
                              menambah ketinggian.
                              Status hakmilik tanah kebanyakan adalah pertubuhan sendiri dan pertubuhan ini adalah
                              mapan. Sumber Kewangan bergantung kepada sumbangan penganut dan kemampuan
                              sesebuah Gurdwara bergantung kepada kemampuan sendiri. Gurdwara dibuka setiap
                              hari (sebolehnya), Penggunaan teknologi adalah arah tuju pengurusan Gurdwara dalam
                              penyebaran maklumat dan penggunaan mutltimedia (sound system) yang berkualiti.



            KEADAAN SEMASA    Senibina Gurdwara adalah mengikut bangunan Gurdwara di India dan diasimilisasikan
                              dengan senibina tempatan. Keperluan kubah perlu sebagai identiti. Ketinggian Gurdwara
                              adalah perlu agar ruang dapat dioptimumkan. Ketinggian Gurdwara bergantung kepada
                              keluasan tapak penyediaan komponen. Bangunan Gurdwara semasa kekurangan
                              teknologi dan memerlukan kos yang tinggi untuk dinaiktaraf sebagai bangunan ‘Hijau’.
                              Lanskap, keselamatan, kemudahan OKU dan sebagainya disediakan atas inisiatif sendiri.
                              Bangunan Gurdwara majoriti dibangunkan dahulu tidak mempunyai keperluan untuk
                              penyediaan ini.



            SUSUNATUR         Gurdwara di Malaysia semuanya mempunyai komponen keagamaan. (Darbar, langgar
            PENGGUNAAN        dan bendera Nishan Sahib). Komponen tambahan yang patut ada yakni; kuarters
            RUANG             kediaman, bilik kuliah, tempat penyediaan makanan dan memasak, lif, perpustakaan,
                              bilik multi media, pejabat dan pelbagai lagi. Penyediaan ini bergantung kepada saiz
                              sesebuah Gurdwara dan jumlah penganut yang datang. Penyediaan lanskap dialu-alukan
                              namun ruang kawasan hijau terhad kerana plinth bangunan Gurdwara dimaksimumkan
                              untuk kegunaan.


            AKSESIBILITI      Gurdwara  tidak  mengakibatkan  kesesakan  secara  umumnya.  Akses  kepada
                              pengangkutan awam akan memudahkan penganut untuk datang ke sini. Penyediaan
                              laluan pejalan kaki berperanan di Georgetown dan Johor Bahru, di mana Gurdwara ini
                              diterap dengan pembangunan persekitaran oleh pihak berkuasa tempatan. Inisiatif ini
                              menambahkan pengunjung yang boleh meletakkan kereta di tempat lain dan berjalan
                              atau menggunakan pengangkutan awam.













                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
  180
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224