Page 301 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 301

Bab 3 - 22







            3. Sekolah/ Tadika                                    Rajah 3.24 : Penyediaan Sekolah/ Tadika
           Sebanyak 89 buah (10.9%) rumah ibadat lain-lain agama di
           Negeri Johor menyediakan kemudahan sekolah atau tadika
           di dalam kawasan rumah ibadat.


            Penyediaan  sekolah  /  tadika  sebagai  komponen
            sokongan  rumah  ibadat  adalah  digalakkan  bagi
            mempelbagaikan aktiviti di dalam kawasan rumah
            ibadat.                                            10.9 %    Disediakan
                                                               89.1 %    Tidak Disediakan



            4. Dewan

                                                                    Rajah 3.25 : Penyediaan Dewan
           Berdasarkan Rajah 3.25, hanya 220 buah (27.1%) rumah
           ibadat lain-lain agama menyediakan kemudahan dewan di
           Negeri Johor.

            Penyediaan dewan di dalam kawasan rumah ibadat
            adalah menjadi keperluan semasa. Dewan di kawasan
            rumah ibadat berfungsi untuk dijadikan sebagai dewan
            walimatul urus dan aktiviti perkongsian ilmu. Kadar
            sewaan dewan yang dikenakan sedikit sebanyak dapat
            menampung kos penyelenggaraan rumah ibadat.       27.1 %     Disediakan
                                                              72.9 %     Tidak Disediakan




            5. Kuarters Pekerja
           Sebanyak 121 buah (14.9%) rumah ibadat lain-lain agama  Rajah 3.26 : Penyediaan Kuarters Pekerja
           menyediakan kemudahan kuarters pekerja. Penyediaan
           kuarters pekerja di Negeri Johor ini di tahap rendah dan
           perlu ditambahbaik.

            Kuarters pekerja di dalam kawasan rumah ibadat adalah
            sesuatu komponen yang relevan. Kuarters pekerja
            kebiasaannya akan dilengkapi dengan kemudahan asas
            dan terbahagi kepada dua iaitu kuarters bujang dan
                                                              14.9 %     Disediakan
            kuarters berkeluarga.
                                                              85.1 %     Tidak Disediakan











                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306