Page 323 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 323

Bab 3 - 44






           3.4.5   Analisis Kemudahsampaian Bagi Tempat Perkuburan Lain-Lain Agama




           Analisis ini bertujuan mendapat gambaran awal kemudahsampaian tapak perkuburan lain –lain agama
           yang sedia ada di Negeri Johor. Kaedah penentuan kemudahsampaian ini menggunakan Garis Panduan
           Perancangan Kemudahan Masyarakat iaitu berdasarkan jarak dan masa pejalan kaki ke tempat
           kemudahan.

                    Piawaian Jarak Kemudahsampaian Kemudahan Keagamaan Berdasarkan GP Perancangan Kemudahan Masyarakat

                  KEMUDAHAN           JARAK(m)
                  KEAGAMAAN       KEMUDAHSAMPAIAN
              Tapak Perkuburan Lain-
              lain Agama               1600m
             Sumber : GP Perancangan Kemudahan Masyarakat






           Radius 1600 meter digunakan mengikut ketetapan jarak dari setiap kemudahan tersebut. Hasil tindanan
           keatas sempadan pentadbiran seperti sempadan daerah dan gunatanah perumahan khususnya di Negeri Johor
           akan dapat melihat petempatan dalam liputan dan luar liputan perkhidmatan tapak perkuburan lain-lain
           agama ini untuk tujuan perancangan masa depan. Jadual 3.23 menunjukkan tahap kemudahsampaian tapak
           perkuburan dengan petempatan dalam radius 1600 meter. Hasil kajian mendapati Daerah Tangkak
           mencatatkan tahap kemudahsampaian tertinggi dengan meliputi 354 hektar (31.23) kawasan perumahan
           daripada keseluruhan 1,133.41 hektar kawasan perumahan di daerah tersebut.

              Jadual 3.23 : Kawasan Perumahan Dalam Radius Tempat Perkuburan
                             KAWASAN PERUMAHAN DALAM
                              RADIUS  TAPAK PERKUBURAN   JUMLAH KESELURUHAN KAWASAN
                DAERAH         LAIN_LAIN AGAMA (1600M)  PERUMAHAN MENGIKUT DAERAH
                               BIL           %
            1.  Johor Bahru   2,171.58      23.42                9,273.55
            2.  Kluang       1,082.59       22.17                4,882.69
            3.  Kota Tinggi   291.20        9.30                 3,130.05
            4.  Mersing       139.81        7.12                 1,962.62
            5.  Muar          560.26        24.74                2,264.99
            6.  Pontian       101.41        15.99                 634.05
            7.  Segamat       315.32        14.55                2,166.57
            8.  Kulai         567.81        23.34                2,432.25
            9.  Tangkak       354.00        31.23                1,133.41
           10. Batu Pahat     680.50        11.13                6,122.04
           Sumber : Kajian Perancangan Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-Lain Agama, 2021




                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328