Page 415 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 415
Bab 7 - 2
7.1 Semakan Skop Kandungan GPP Berkaitan Kemudahan Keagamaan Semasa
Penerima pakaian GPP semasa oleh kebanyakan pihak berkuasa negeri dan PBT adalah merujuk kepada
GPP yang pernah diterbitkan oleh pihak PLANMalaysia. Namun begitu, terdapat juga GPP yang dipinda
atau diterbitkan semula oleh negeri-negeri tertentu dalam memastikan GPP yang digunapakai mengikut
keperluan semasa dan masyarakat selain bersesuaian dengan sistem yang digunapakai di peringkat
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.
GPP yang dirujuk masa kini adalah
• Garis Panduan Rumah Ibadat Islam JPBD 7/97;
• Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Lain-lain Agama (17/97);
• Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat Edisi Kedua.
Pemakaian garis panduan yang lebih komprehensif dan terperinci serta merangkumi aspek-aspek
keperluan asas dan semasa perancangan yang akan digubal akan digunakan di semua negeri dan pihak
berkuasa tempatan sekali gus menggariskan sebuah standard pemakaian GPP kemudahan keagamaan
yang tidak mengelirukan masyarakat dan pengguna. Antara GPP yang akan disemak semula kandungan
dan diadakan penambahbaikan jurang skop adalah seperti di Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Semakan Skop Kandungan GPP Berkaitan Kemudahan Keagamaan oleh PLANMalaysia
RUMAH IBADAT TANAH PERKUBURAN LAIN-LAIN
GPP KREMATORIA KOLOMBARIUM
ISLAM (Masjid & Surau) CINA (Tokong) HINDU (Kuil) KRISTIAN (Gereja) SIKH (Gurdwara) ISLAM CINA HINDU KRISTIAN SIKH
Rumah Ibadat Islam JPBD 7/97 ● - - - - - - - - - - -
Garis Panduan Perancangan (GPP)
Tanah Perkuburan Islam dan Lain- - - - - - ● ● ● ● - ● -
lain Agama (17/97)
*Garis Panduan Perancangan dan - -
Pembangunan Sejagat Edisi Kedua ● ● ● ● ● ● ● ● ● ●
Draf GPP Masjid dan Surau ● - - - - - - - - - - -
Draf GPP Tokong, Kuil, Gereja dan - - - - - - - -
Gurdwara ● ● ● ●
Draf GPP Tanah Perkuburan dan
Krematorium - - - - - ● ● ● ● ● ● ●
Nota: *Garis Panduan Perancangan Edisi Pertama digunakan kerana Edisi Kedua masih belum diperolehi
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A