Page 421 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 421
Bab 7 - 8
b) Krematorium dan Kolumbarium
• Penyediaan krematorium gas yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan dapat
memberikan subsidi kepada keluarga untuk kos pembakaran mayat.
• Dengan pembangunan semasa pembakaran mayat secara terbuka perlu dikaji secara teliti
kerana ia akan memberi kesan kepada alam sekitar.
• Keperluan untuk menyediakan krematorium dan kolumbariuam yang mempunyai akses yang
baik, laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam.
• Penerapan ciri-ciri ‘universal building’ dengan rekabentuk mesra pengguna bagi memenuhi
keperluan OKU dan warga emas di krematorium dan kolumbarium.
c) Kaedah Pembuangan Abu
• Penyediaan tempat pembuangan abu mayat yang terancang dengan komponen-komponen
sokongan disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
• Memastikan lokasi yang dipilih sesuai dari aspek alam sekitar dan kesensitivitian penduduk
persekitaran.
• Kemudahan yang dapat digunakan oleh semua penganut di Malaysia.
• ‘Awareness’ kepada pengguna tempat pembuangan abu mayat dengan memastikan penggunaan
peralatan seperti balang organik yang akan larut di dalam air. Keperluan perancangan tempat
buang sampahagar barangan lain tidak dibuang ke dalam air.
• Kemudahsampaian dengan akses disokong dengan pengangkutan awam. Lokasi yang tidak
terlalu jauh atau tersorok dari jalan utama.
• Penyediaan struktur dan jeti lengkap dengan dewan upacara. Mempunyai utiliti dan
infrastruktur untuk memastikan pencahayaan dan bekalan air. Penyediaan bilik air, tempat letak
kereta dan tempat duduk dan gazebo serta keperluan yang membolehkan kemudahan ini
memberikan keselesaan.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A