Page 143 - BUKU PENGURUSAN SUNLAY 2020
P. 143
PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
SMK SUNGAI LAYAR 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Blog: http://kea3113.1bestarinet.netEmail Sekolah : KEA3113@moe.edu.my
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
a. Guru bertugas dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula dan hanya pulang
selepas memastikan semua pelajar telah meninggalkan kawasan sekolah.
b. Berada di pintu pagar sekolah untuk mengawasi kelancaran keluar masuk pelajar dan keadaan disiplin di kawasan tersebut.
c. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar sebelum loceng pertama dibunyikan, di waktu rehat,
di kawasan sekolah serta mengambil tindakan yang segera dan sesuai (jika perlu).
d. Mengawasi dan membuat laporan tentang kebersihan bilik-bilik khas, tandas dan kantin sekolah di samping memberi cadangan
untuk mengatasinya.
e. Memeriksa kebersihan dan kecukupan makanan yang dijual di kantin sekolah disamping memberi cadangan untuk
mengatasinya.
f. Menguruskan rawatan pelajar sakit termasuk urusan balik ke rumah atau ke hospital.
g. Mengeluarkan surat akuan pelajar ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
h. Memastikan loceng berbunyi pada waktu-waktu sepatuutnya.
i. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan barang-barang yang telah dijumpai.
j. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
k. Melaporkan semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang berlaku di sekolah.
l. Membuat catatan mengenai perkara-perkara yang penting yang berlaku sepanjang hari persekolahan di dalam ”Buku Laporan
Bertugas”. Antara perkara-perkara yang perlu dicatatkan ialah :
i. Kebersihan dan keceriaan tempat-tempat khas dan kawasan sekolah.
ii. Disiplin pelajar (dicatatkan juga tindakan yang telah diambil dan cadangan).
iii. Peristiwa/aktiviti yang berlaku.
iv. Lawatan dari pihak luar.
v. Komen dan cadangan.
vi. Hal-hal lain.
m. Mengelola perhimpunan sekolah serta memastikan semua guru serta pelajar menghadirinya di samping mengambil tindakan
berdasarkan perkara-perkara yang terdapat di dalam ”Senarai Semak Perhimpunan Rasmi”.
n. Menyampaikan ucapan dan pengumuman di dalam perhimpunan rasmi dan harian.
o. Melaporkan terus secara lisan kepada Pengetua jika terdapat sebarang perkara penting dan mengambil tindakan yang sesuai
(jika perlu).
p. Menyerahkan ”Buku Laporan Bertugas” bersama ”Buku Makluman Harian” kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk disemak
dan ditandatangani pada setiap hujung minggu bertugas.
q. Jika atas sesuatu sebab tertentu, guru bertugas pada hari yang ditetapkan, pertukaran sesama sendiri hendaklah dibuat dengan
pengetahuan Pengetua/Penolong Kanan.
1. Ketua guru bertugas
a. Menetapkan tugasan dan taklimat kepada ahli kumpulan.
b. Bertanggungjawab menyediakan laporan harian dan minguan serta membuat hebahan dalam perhimpunan sekolah.
c. Membantu guru perhimpunan mengurus dan mengawal semua perhimpunan sekolah.
d. Mengendalikan kes-kes disiplin.
2. Kebajikan dan keselamatan
a. Mengurus perkara-perkara berkaitan kebajikan pelajar.
b. Menghubungi waris dan menghantar pelajar sakit ke hospital.
c. Mendaftar pelajar keluar kawasan dan masuk ke bilik sakit pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
d. Selia perabot, blok dan laluan sentiasa berkeadaan selamat.
3. Kenderaan pelajar
a. Memastikan semua kenderaan pelajar diletakkan di tempat atau kawasan yang ditetapkan.
b. Membuat pemeriksaan mengejut ke atas kenderaan pelajar.
c. Mengambil tindakan ke atas pemilik kenderaan yang tidak memenuhi tahap keselamatan tinggi yang digunakan.
4. Kafetaria
a. Mengawasi tingkahlaku dan penggunaan kafetaria sebelum pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu rehat pertama dan
kedua.
b. Kawal dan hadkan kawasan pelajar makan dan minum.
5. Kehadiran Pelajar
a. Mengawal keluar masuk pelajar di pintu pagar utama ketika datang dan balik sekolah.
b. Mendaftar pelajar lewat dan mengambil tindakan.
c. Mengesan dan merekod pelajar ponteng kelas dan balik awal.
134