Page 86 - BUKU PENGURUSAN SUNLAY 2020
P. 86

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                                       SMK SUNGAI LAYAR 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
                                                     Blog: http://kea3113.1bestarinet.netEmail Sekolah :KEA3113@moe.edu.my



               SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
            1.   Setiausaha Kokurikulum
               a.  Menyediakan perancangan kokurikulum sekolah sepanjang tahun.
               b.  Menyediakan kertas kerja untuk sesuatu aktiviti sekolah.
               c.  Menyediakan minit mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
               d.  Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program Kokurikulum sekolah.
               e.  Mendapatkan laporan mengenai kegiatan setiap bidang kokurikulum untuk diserahkan kepada Majlis Jawatankuasa Kokurikulum
                  Sekolah.
               f.  Menyemak dan mengemaskini fail Kokurikulum
               g.  Menyediakan laporan lengkap penilaian prestasi pelajar dalam kokurikulum.
               h.  Menyediakan anggaran perbelanjaan pembelian/penyelenggaraan alatan kokurikulum.
               i.  Merancang kursus pendek kepada AJK Tertinggi semua Kelab/Uniform/Sukan tentang cara-cara menggerakkan dan memajukan
                  unit masing-masing.

            2.   Setiausaha Sukan
               a.  Mengadakan mesyuarat dengan semua ahli jawatankuasa berkenaan sukan.
               b.  Membahagikan murid-murid mengikut rumah sukan.
               c.  Bertanggungjawab dengan ketua panitia PJK untuk membeli dan menguruskan alatan-alatan sukan sekolah dan sentiasa
                  mengemas kini buku stok.
               d.  Memastikan stor alatan sukan sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur.
               e.  Mewujudkan dan melaksanakan sistem kawalan peminjaman / pengambilan alatan sukan dari stor  secara teratur  dan
                  sistematik.
               f.  Bertanggungjawab sepenuhnya tentang keselamatan  bagi kesemua alatan sukan di sekolah.
               g.  Memastikan peraturan keselamatan / peraturan pakaian yang ditetapkan oleh sekolah dipatuhi oleh pelajar semasa aktiviti sukan
                  / permainan.
               h.  Merangka dan melaksanakan program peningkatan pencapaian murid dalam sukan / permaianan secara berterusan.
               i.  Menyemak dan mengemaskini fail sukan.
               j.  Menyediakan laporan lengkap penilaian prestasi pencapaian murid dalam sukan di peringkat daerah / negeri / kebangsaan.
               k.  Menyediakan anggaran perbelanjaan pembelian / penyelenggaraan alatan atau tempat permainan.

            3.   Penyelaras Kelab Persatuan, Unit Beruniform dan SukanPermainan
               a.  Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit masing-masing 4 kali setahun.
               b.  Membuat pengagihan pelajar yang akan menyertai unit masing-masing.
               c.  Menyelaraskan jadual perjumpaan mingguan dan memantau aktivit yang dijalankan oleh unit masing-masing.
               d.  Memastikan setiap unit mempunyai rekod yang lengkap mengenai senarai ahli, yuran ahli, kehadiran ahli dan rekod-
                  rekod/laporan aktiviti yang telah dijalankan.
               e.  Mendapatkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan dari guru-guru penasihat.
               f.  Menyemak buku laporan aktiviti mingguan selepas selesai perjumpaan.
               g.  Mengumpul semua laporan aktiviti tahunan unit masing-masing untuk dibukukan.
               h.  Mencalonkan unit yang teraktif untuk diberi penghargaan semasa Majlis Apresiasi Kokurikulum.
               i.  Merekodkan setiap pelibatan dan pencapaian pelajar dalam unit masing-masing.
               j.  Menyediakan sijil kepada pelajar / AJK yang layak.

            4.   Ahli Jawatankuasa
               a.  Menyediakan perancangan aktiviti tahunan dan membuat anggaran perbelanjaan.
               b.  Memastikan mesyuarat agung dilaksanakan dan diminitkan.
               c.  Memastikan unit masing-masing mempunyai jadual perjumpaan mingguan, sistem rekod kehadiran dan rekod prestasi.
               d.  Memastikan bahawa semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkesan.
               e.  Menandatangani boring kehadiran PAJSK murid-murid pada setiap kali perjumpaan.
               f.  Merekodkan dan mengesahkan setiap pelibatan dan pencapaian murid dalam penyertaan kokurikulum.
               g.  Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan ahli unit termasuk mengesan bakat-bakat baru dan membentuk pasukan
                  pelapis.
               h.  Menyediakan pasukan sekolah ke pertandingan peringkat daerah / negeri / kebangsaan.
               i.  Memastikan papan kenyataan digunakan sepenuhnya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
               j.  Memastikan AJK yang dilantik sentiasa mengemaskini buku laporan aktiviti dan dihantar selepas selesai perjumpaan.
               k.  Mengagihkan tugas guru dalam unit masing-masing.
               l.  Menyediakan dan menyerahkanlaporantahunanaktivitikepadapenyelarasmasing-masing.

        77
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91