Page 2 - BULETIN
P. 2

Pencapaian


                                                                   Siswa Guru di bawah


                                                                   Persatuan Penyelamat

                                                                   Kelemasan Malaysia








     Seorang siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah berjaya memperolehi sijil penyelamat
  kelemasan (Bronze Medallion) di bawah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia pada 17 Januari 2017 yang lalu. Siswa
  guru tersebut ialah saudara Mir Haaziq Bin Hasrap daripada Semester 6 Ambilan Jun 2014. Beliau telah lulus dalam
  peperiksaan pengetahuan praktikal peringkat menengah dalam kaedah berenang, kebolehan memberi pertolongan
  cemas dan pemulihan pernafasan. Beliau juga berjaya melayakkan diri untuk memperolehi sijil di bawah ‘International
  Life Saving Federation’ sebagai seorang ‘International Life Saver’. Penyampian sijil ini berlangsung di Universiti Putra
  Malaysia (UPM). Peluang keemasan ini berjaya beliau peroleh setelah mendapat nasihat dan dorongan daripada
  pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Dr. Teng Siew Lian, yang merupakan bekas pemain polo air
  bagi pasukan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada saudara Mir Haaziq Bin Hasrap atas kejayaan dan
  penglibatan beliau!




                           KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA



                KERIS EMAS








        Pada 7 Januari 2017, telah berlangsungnya
  Kejohanan Silat Olahraga Keris Emas di Universiti
  Tenaga Nasional (UNITEN). Seramai 5 orang siswa
  guru dari IPG Kampus Ilmu Khas telah menyertai
  pertandingan ini.
  Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana
  mereka tidak pulang dengan tangan yang kosong.
  Mereka telah memenangi 1 pingat emas, 1 pingat
  perak dan 1 pingat gangsa. Siswa guru tersebut ialah
  Tuan Hanif Fakrullah bin Tuan Man,  Mohamad Syafiq
  bin Baharudin dan Dayana binti Razali. Tidak
  ketinggalan juga kepada siswa guru Muhammad
  Noordin bin Abdul Din yang telah menerima sijil
  penyertaan. Mereka yang mewakili IPGKIK dibantu
  dan diuruskan oleh saudara Muhammad Razman bin
  Abdul Radji. Moga kejayaan yang diperoleh siswa guru
  ini memberi semangat kepada siswa guru yang lain
  untuk menaikkan lagi nama IPG Kampus Ilmu Khas
  kita ini.
   1   2   3   4   5   6   7