Page 3 - HARI GURU PPD PET 2020
P. 3
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2020
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
LATAR BELAKANG
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada para guru. Tarikh ini
dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan
Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pelajaran bagi negara
kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan
semenjak tarikh itu.
FOKUS
Bagi mengiktiraf peranan warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dalam memartabatkan profesion
keguruan.
KONSEP
Pelaksanaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Perak Tengah pada tahun 2020 adalah berkonsepkan
pendidikan norma baharu dalam menyampaikan ilmu dan maklumat.
OBJEKTIF
5.1 Memartabatkan kembali profesion keguruan supaya disanjung tinggi oleh masyarakat.
5.2 Mengiktirafkan jasa dan pengorbanan guru yang menjadi teladan terbaik dan mampu memberi inspirasi
kepada murid-murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat serta sering mempamerkan nilai-nilai yang baik.
TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2020
6.1 Tema Hari Guru 2020 adalah berdasarkan tema hari guru Peringkat Kebangsaan diputuskan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2020 3