Page 47 - Destinasi Ebook
P. 47
MeMbAwA berSAMA tUALA KeMbArA (trAveL tOweL)
Tuala kembara perlu digunakan kerana ianya boleh
menjimatkan ruang bagasi. Tuala kembara yang berkualiti
boleh dikecilkan hingga saiz seperti tuala kapas biasa. Setiap
inci ruang dalam bagasi anda adalah sangat penting semasa
anda menyusun barang dalam bagasi. Tuala mandi biasa san-
gat membazirkan ruang semasa mengurus bagasi. Oleh itu,
tuala kembara amatlah disarankan.
MeMAKAI bArANG AtAU PAKAIAN yANG berAt dI bAdAN
Jika membabitkan soal berat bagasi sememangnya pengembara
harus menjadi lebih kreatif. Justeru itu, memakai pakaian yang
berat seperti jeans, kot atau kasut sukan amatlah disarankan. Hal
ini demikian kerana, kebiasaannya lapangan terbang tidak akan
mengukur berat barang yang dipakai oleh pelanggan, tetapi
mereka mengukur berat bagasi yang dibawa pelanggan. Bijak,
bukan?
PeNINbANGAN dIGItAL
Kegunaan penimbang digital bagasi ini adalah untuk mengukur
berat bagasi agar tidak melebihi had berat yang ditetapkan. Alat
ini turut membantu memudahkan proses penyimpanan barang.
MeNIKMAtI PeNGeMbArAAN
Pengurusan bagasi yang bijak membolehkan
anda lebih menikmati pengembaraan tanpa
memikirkan beban bagasi yang dibawa. Misalnya
jika pengembaraan anda memerlukan anda
berpindah daripada satu tempat ke tempat yang
lain, sudah semestinya tips ini penting!
bArANG KePerLUAN @ bArANG KeheNdAK
Pastikan barang-barang keperluan diutamakan
kerana ianya berkait rapat dengan keadaan dan
persekitaran destinasi yang ingin dituju. Oleh
itu, letakkan barang kehendak anda di tangga
kedua kerana ianya hanya akan menambah
berat bagasi dan membebankan perjalanan
anda kelak.
44 Tips 45 D ESTINASI