Page 49 - Destinasi 52 pages
P. 49

MeMbAwA berSAMA tUALA KeMbArA (trAveL tOweL)
                                                       Tuala  kembara perlu digunakan  kerana  ianya boleh
                                                       menjimatkan  ruang  bagasi.  Tuala kembara yang  berkualiti
                                                       boleh dikecilkan hingga saiz seperti tuala kapas biasa. Setiap
                                                       inci ruang dalam bagasi anda adalah sangat penting semasa
                                                       anda menyusun  barang dalam bagasi. Tuala mandi biasa
                                                       sangat membazirkan ruang semasa mengurus bagasi. Oleh
                                                       itu, tuala kembara amatlah disarankan.

                                                     MeMAKAI bArANG AtAU PAKAIAN yANG berAt dI bAdAN
                                                       Jika membabitkan soal berat bagasi sememangnya pengembara
                                                       harus menjadi lebih kreatif. Justeru itu, memakai pakaian yang
                                                       berat seperti jeans, kot atau kasut sukan amatlah disarankan. Hal
                                                       ini demikian kerana, kebiasaannya lapangan terbang tidak akan
                                                       mengukur berat barang yang dipakai oleh  pelanggan,  tetapi
                                                       mereka mengukur berat bagasi yang dibawa pelanggan. Bijak,
                                                       bukan?

                                                     PeNINbANGAN dIGItAL
                                                       Kegunaan penimbang digital bagasi ini adalah untuk mengukur
                                                       berat bagasi agar tidak melebihi had berat yang ditetapkan. Alat
                                                       ini turut membantu memudahkan proses penyimpanan barang.














          MeNIKMAtI PeNGeMbArAAN
             Pengurusan  bagasi yang  bijak membolehkan
             anda    lebih     menikmati      pengembaraan   tanpa
             memikirkan beban bagasi yang dibawa. Misalnya
             jika  pengembaraan  anda  memerlukan  anda
             berpindah daripada satu tempat ke tempat yang
             lain, sudah semestinya tips ini penting!



           bArANG KePerLUAN @ bArANG KeheNdAK
             Pastikan barang-barang keperluan diutamakan
             kerana ianya berkait rapat dengan keadaan dan
             persekitaran destinasi yang ingin dituju. Oleh
             itu, letakkan barang kehendak anda di tangga
             kedua kerana ianya hanya akan menambah
             berat bagasi dan membebankan perjalanan
             anda kelak.





 46     Tips                                                47                                           D ESTINASI
   44   45   46   47   48   49   50   51   52