Page 8 - Destinasi 52 pages
P. 8
AYUNAN
LANGIT
Ayunan langit Watu Jaran ini berbeza daripada
ayunan biasa yang terdapat di taman permainan.
Ayunan ini menguji adrenalin dan membuat
jantung pengunjung berdegup kencang kerana
berayun di langit. Dinamakan sebagai ayunan
langit kerana pengunjung akan berayun di
ketinggian 800 meter di atas permukaan laut dengan
bentangan 6 meter ke jurang. Posisi ayunan ini adalah
di atas jurang.
Pengunjung yang datang boleh mencubanya dalam
tempoh masa 5 hingga ke 10 minit. Bahkan, ada
pengunjung yang meminta untuk dipanjangkan
waktu ayunan selepas merasakan sendiri keseronokan
ayunan langit ini. Perasaan takut untuk melihat ke
bawah pada awalnya bertukar kepada ketagihan
apabila ayunan tersebut dilepaskan berayun bebas
dan masalah dan tekanan yang dihadapi seseorang
seakan-akan hilang dibawa angin apabila berayun
setinggi itu.
Meskipun berayun di atas jurang, keselamatan
ayunan itu terjamin. Pengelola ayunan ini turut
memberi jaminan bahawa pembinaan ayunan dibuat
sekuat mungkin dengan sling baja yang mampu
menahan beban hingga 500 kilogram. Tidak lupa
juga, alatan keselamatan yang akan dipasang ke badan
pengunjung sebelum mencuba ayunan ini dan
insurans keselamatan menaiki ayunan.
Jika keselamatan pun telah dijamin, alasan apa
lagi untuk tidak mencuba ayunan langit ini? Pada
awalnya anda mungkin takut, tetapi selepas
berayun buat pertama kali, anda pasti ketagih untuk
mencubanya lagi.
Jogja 6 D ESTINASI