Page 140 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 140

D DA AS SA AR R   K KO OK KU UR RI IK KU UL LU UM M



               1.     Membentuk  murid  secara  bersepadu  dan  seimbang  dari  segi  jasmani,  emosi,  rohani  dan
                      intelektual.
               2.     Mewajibkan murid memohon dan mendaftar untuk menjadi ahli kelab atau persatuan  sukan
                      dan permainan serta badan beruniform.
               3.     Semua    kelab  dan  persatuan,  sukan  dan  permainan,  badan  beruniform  mesti  mempunyai
                      perlembagaan masing-masing.
               4.     Menerapkan  nilai-nilai  murni  dan  semangat  berpasukan  serta    kekitaan  semasa
                      melaksanakan aktiviti seperti  pertandingan antara pasukan dan rumah sukan kepada semua
                      murid.
               5.     Memberi  pendedahan  kepada  semua  murid  tentang  pelbagai  jenis  sukan  dan  permainan
                      selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  iaitu  sukan  untuk  semua  serta  pelibatan  yang
                      menyeluruh.
               6.     Melibatkan murid dalam semua aktiviti Kokurilulum dan aktiviti perkhemahan pada setiap
                      tahun.
               7.     Merealisasikan  moto “bertanding untuk menang, bukan untuk pendedahan” atau “rajin usaha
                      jalan kemenangan” atau “rahsia kejayaan ialah kemahuan atau azam yang berterusan”
                      kepada semua murid yang menyertai pertandingan.
               8.     Guru penasihat selaku guru pengiring murid mesti bertanggungjawab dan mematuhi tatacara
                      keselamatan semasa mengiringi murid dalam pelbagai aktiviti di luar sekolah.
               9.     Hari Perjumpaan kokurikulum akan diadakan  pada hari Rabu atau pada hari-hari tertentu
                      yang ditetapkan oleh  unit kokurikulum.
               10.     Setiap ahli pasukan beruniform dan guru penasihat mesti  memakai  uniform  lengkap pada
                      setiap hari  Rabu dan minggu ketiga setiap bulan.
               11.     Semasa  perjumpaan  rumah  sukan,  latihan  atau  atau  sebarang  aktiviti  sukan  murid
                      dikehendaki memakai baju-t rumah sukan masing-masing atau baju-tsekolah.
               12.    Aktiviti kokurikulum perlu direkodkan dalam buku rekod kokurikulum, disemak dan disahkan
                      oleh pentadbir.
               13.     Perjumpaan minimum bagi pasukan uniform, kelab dan persatuan ialah 12 kali.
               14.     Kebajikan  murid  dan  guru  mesti  dititikberatkan  untuk  mengelakkan  sebarang  kemungkinan
                      yang berlaku, diluar jangkaan manusia.
               15.     Setiap  guru  penasihat  perlu  menyediakan  rancangan  tahunan  dan  laporan  pasukan
                      beruniform, kelab atau persatuan pada akhir.
               16.     Setiap  murid  perlu  mempunyai  Buku  Rekod  Penilaian  Kokurikulum/Kad  Rekod  Aktiviti.
                      Guru penasihat perlu merekodkan kehadiran murid dalam setiap aktiviti atau perjumpaan.
               17.     Murid  yang  telah  memberi  sumbangan  cemerlang  kepada  sekolah  dalam  sebarang  aktiviti
                      kokurikulum di dalam atau di luar sekolah perlu diberikan sijil penghargaan.
               18.     Setiap pasukan beruniform, persatuan atau kelab mesti mengadakan aktiviti berkaitan unit
                      masing-masing pada setiap hari perjumpaan kokurikulum.
               19.     Setiap pasukan beruniform, kelab atau persatuan dibenarkan mengutip yuran keahlian seperti
                      yang dipersetujui dalam mesyuarat agung dan mesti direkodkan.
               20.      Keenganan  melaksanakan  kegiatan  kokurikulum  adalah  satu  kesalahan.  Tindakan  boleh
                      dikenakan mengikut Akta Pendidikan 1996.
               21.    Penyertaan  murid  dalam  kokurikulum  adalah  wajib.    Ketidakhadiran  murid  dalam  kegiatan
                      kokurikulum boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah.
               22.     Setiap  aktiviti  kokurikulum  yang  dilaksanakan  hendaklah  dirancang  dengan  maksud
                      mempunyai  matlamat,  objektif,  kaedah  pelaksanaan  dan  kurikulum  kegiatan  sertaskema
                      penilaian yang pragmatis dan progresif.
               23.    Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin,
                      bersepadu dan tidak bersifat eksklusif.  Penyertaan terbuka kepada semua murid.











                                                            1
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145