Page 1 - Teks Pengacara Majlis Perpisahan WHO 2018
P. 1
TEKS PENGACARAAN MAJLIS
MAJLIS PERPISAHAN EN. WAN HAMAT BIN OMAR
SMK BANDAR TUN RAZAK
TAHUN 2018
Bil Teks
1 SEBELUM MAJLIS BERMULA
Mengumumkan ketibaan En. Wan Hamat bin Omar diiringi oleh Tuan Pengetua, En. Mohd Sofi
bin Zainal Abidin masuk ke dewan.
Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
2 BERMULANYA MAJLIS
Yang Berusaha, Enn. Mohd Sofi bin Zainal Abidin
Yang dihormati
Pn. Aida binti Mustafa, GPK Pentadbiran
En. Zainuddin bin Ja’afar, GPK HEM
En. Nadzri bin Mat Salleh, GPK Kokurikulum
Ketua-Ketua Bidang
Guru-guru
Barisan AJK Pelaksana Program
& pelajar-pelajar sekalian
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNYa, dapat
juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis yang bermakna ini iaitu Majlis Meraikan
Perpisahan En. Wan Hamat bin Omar
3. BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga Majlis mendapat berkat
Untuk itu, dipersilakan Al-Fadil Ustaz Hj. Abd. Jalal bin Mustafa untuk memimpin bacaan doa.
Amin...Amin... Ya Robbala’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadil
Ustaz Abdul Jalal atas bacaan doa tadi
1