Page 4 - BUKU PENGURUSAN KVSM 2021_Neat
P. 4

JAWATANKUASA PENGURUSAN & PENGOPERASIAN KVSM TAHUN 2021


                                                                           PENGARAH   2021
                                                                         KATA ALUAN




             Bismillahirrahmanirrahim..
             Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
             Salam Sejahtera,

                     Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan
             kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita warga
             Kolej  Vokasional  Seri  Manjung  (KVSM)  masih  diberi  peluang  dan
             kesempatan  untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea
             dan  tenaga  untuk  meneruskan  kecemerlangan  pendidikan  negara.
             Sekalung  tahniah  dan  jutaan  terima  kasih  kepada  Jawatankuasa
             Buku Pengurusan dan Pengoperasian       2021 yang telah bertungkus-
             lumus  menyiapkan buku ini.

             Dengan  ini,  diharapkan  para  pensyarah  dan  warga  kolej  dapat  memanfaatkan  dan
             merealisasikan  peranan  masing-masing  dengan  lebih  berkesan  dan  konsisten  ke  arah
             pencapaian matlamat, visi dan misi KVSM serta KPM.

             Buku Pengurusan dan Pengoperasian 2021 ini disediakan agar dapat dijadikan panduan
             dan rujukan kepada pihak pengurusan, para pensyarah dan semua warga kolej untuk
             merancang dan menjayakan aktiviti dan program-program KVSM dengan lebih efisyen dan
             cemerlang.  Pengagihan  tugas  yang  disediakan  dalam  buku  ini  adalah  berdasarkan
             keperluan dan kepentingan kolej. Oleh itu saya berharap agar semua pensyarah dapat
             menerimanya  dengan  hati  yang  terbuka  dan  bersikap  positif.  Tugasan  yang  diberi  ini
             merupakan  satu  penghargaan  dan  kepercayaan  yang  diamanahkan  oleh  pihak
             pengurusan untuk  kecemerlangan kolej. Sesungguhnya kejayaan tidak dapat diperoleh
             dengan mudah tanpa melakukan banyak pengorbanan.

             Saya juga berharap segala kejayaan yang kita kecapi pada tahun-tahun yang lepas dapat
             memberikan suntikan  semangat  dan usaha yang tinggi dan kental untuk kita meraih
             kejayaan yang membanggakan pada tahun 2021 ini.   Kita hendaklah sentiasa berusaha
             untuk  meningkatkan  kualiti  hasil  kerja  agar  kita  dapat  melahirkan  anak  didik  yang
             berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Oleh
             itu jadikanlah tugas yang diamanahkan ini sebagai satu ibadah supaya hidup kita akan
             terus diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Kita perlulah sentiasa memandang positif
             dan menyahut setiap cabaran yang datang agar kita tidak mudah putus asa dan mencapai
             kecemerlangan.


             Sekian, terima kasih.


             MAZLIN BIN MOHD ZAIN
             Pengarah
             Kolej Vokasional Seri Manjung






                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9