Page 6 - MPU23073_Neat
P. 6

pemakanan dibentuk oleh panduan halal dan

               haram sama ada dalam penyediaan mahupun

               pengambilan makanan. Sehubungan itu, kajian ini

               membincangkan tentang konsep budaya makanan
               dan pemakanan halal di samping huraian tentang

               sumber asas pembentukan budaya makanan dan

               pemakanan halal. Kajian juga membincangkan

               tentang budaya makanan dan pemakanan

               masyarakat Melayu Islam yang diwarisi turun

               temurun melalui proses sosialisasi makanan selain

               perubahan pola budaya makanan yang diwarnai

               dengan imperialisme cita rasa daripada Barat,

               Timur Tengah dan negara-negara lain. Ini kerana
               makanan merupakan asas dan jati diri sesuatu

               bangsa. Namun begitu, di sebalik penjajahan

               makanan ini, masyarakat Islam khususnya

               pengguna perlu menjaga aspek halalan tayyiba

               agar budaya makanan dan pemakanan tidak

               dicemari dengan sumber haram yang

               bertentangan dengan al- Quran dan al-Sunnah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10