Page 142 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 142

Pengurusan Kurikulum 2020



           17.0      PANDUAN PEPERIKSAAN DALAMAN


           (A)  Ketua Panitia Mata Pelajaran
           1.  Menyelaras guru penyedia soalan peperiksaan dalaman.
           2.  Menyemak soalan-soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru sebelum dicetak.
           3.  Memastikan soalan-soalan yang dibina tidak mengandungi unsur politik, sensitif atau negatif dan
               mengikuti JSI.
           4.  Menganalisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari
               jalan untuk meningkatkan prestasi peperiksaan dari semasa ke semasa.
           5.  Menyimpan kertas soalan peperiksaan dan borang analisis keputusan dalam fail panitia.
           6.  Masa Penilaian Sumatif untuk setiap mata pelajaran ialah 1½ jam.
           7.  Guru yang menyediakan kertas soalan hendaklah menyediakan jumlah soalan yang  mencukupi
               dan soalan-soalan yang setaraf dengan peperiksaan PT3 dan SPM.
           8.  Guru penyedia soalan hendaklah menghantar JSI kepada GKMP seminggu sebelum menghantar
               kertas soalan.
           9.  Kertas soalan yang disediakan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan Guru Kanan sebelum dicetak.
               Guru Kanan turunkan tandatangan.
           10.  Semua  kertas  soalan  hendaklah  disimpan  dalam  bilik  peperiksaan  dua  hari  sebelum  Penilaian
               Kurikulum / Peperiksaan dijalankan.
           11.  Guru-guru  hendaklah  masuk  ke  kelas  mengikut  jadual  waktu  masing-masing  dan  pastikan
               membawa kertas soalan yang betul.
           12.  Guru yang menyediakan soalan Penilaian  Kurikulum / Peperiksaan dikehendaki menyerahkan satu
               salinan kertas soalan kepada Panitia untuk simpanan Bank Soalan Panitia mata pelajaran.
           13.  Guru  yang  menyediakan  soalan  peperiksaan  (Peperiksaan  Pertengahan  Tahun,  Percubaan  dan
               Akhir Tahun) dikehendaki menyerahkan dua salinan kertas soalan kepada Setiausaha Peperiksaan
               Dalaman untuk simpanan di perpustakaan.

           (B)   Guru Mata Pelajaran
           1.  Guru mata pelajaran perlu memastikan semua sukatan pelajaran telah diajar sebelum Penilaian
               Kurikulum / Peperiksaan dijalankan.
           2.  Semua  latihan  telah  disemak  oleh  guru-guru  mata  pelajaran  sebelum  Penilaian  Kurikulum  /
               Peperiksaan dijalankan.
           3.  Markah  Penilaian  Kurikulum  /  Peperiksaan  hendaklah  diserahkan  kepada  guru  tingkatan  yang
               telah ditetapkan.
           4.  Soalan-soalan Penilaian Kurikulum / Peperiksaan hendaklah disimpan dalam fail.
           5.  Markah-markah Penilaian Kurikulum / Peperiksaan direkodkan dengan lengkap dalam Buku Rekod
               Mengajar Guru.
           6.  Murid  yang  meniru  dan  yang  membenarkan  rakannya  meniru  dalam  Penilaian  Kurikulum  /
               Peperiksaan akan diberikan “ 0 “ markah untuk kertas tersebut.
           7.  Murid yang tidak hadir semasa penilaian Kurikulum / Peperiksaan tidak dibenarkan menduduki
               ujian atau peperiksaan gantian walaupun mempunyai surat curi sakit kecuali murid yang mewakili
               sekolah  untuk  sebarang  aktiviti  atau  pertandingan  anjuran  pihak  PPD,  JPNJ  atau  Kementerian
               Pendidikan Malaysia.
           8.  Untuk peperiksaan Pertengahan Tahun, Percubaan dan Akhir Tahun  tidak boleh diberi ulangan.
               Untuk  Penilaian  Kurikulum  (1)  dan  (2)  boleh  diulang  kecuali  dengan  kebenaran  Pengetua
               menggunakan set soalan lain.





                                                                                                              131
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147