Page 29 - Buku Pengurusan 2020 SMKSP
P. 29
Pengurusan Sekolah 2020
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING
KAMI WARGA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN
MENUMPUKAN SEPENUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi
memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta
memenuhi matlamat perpaduan Negara
2. Memastikan pembelajaran dan pengajaran dimulakan pada hari
pertama persekolahan
3. Mengoptimumkan dan melindungi masa instruksional (MMI) di dalam
bilik darjah.
4. Berusaha meningkatkan profesionalisme dan kompetensi diri dari
semasa ke semasa.
5. Menentukan guru-guru dan staf sokongan sekolah dapat berkhidmat
dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
6. Memastikan warga sekolah sentiasa peka dan responsif kepada
kehendak dan keperluan pelanggan serta memberi layanan mesra
dengan perkhidmatan yang cekap.
7. Menentukan segala maklumat, urusan surat menyurat dan laporan
disediakan dengan tepat dan lengkap kepada yang berkenaan dan
maklumat disalurkan dengan segera.
8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat dan cadangan,
yang daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan
dan kecemerlangan akademik.
9. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah
melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.
10. Berusaha mendisiplinkan murid supaya murid hadir ke sekolah
mengikut ketetapan waktu.
21