Page 9 - Buku Pengurusan 2020 SMKSP
P. 9
Pengurusan Sekolah 2020
Salam sejahtera...
Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku
Pengurusan Sekolah 2020 yang telah merealisasikan Buku
Pengurusan SMK Seri Perling ini. Dengan terhasilnya
Buku Pengurusan SMKSP ini sudah tentu akan
membantu warga SMKSP untuk melaksanakan program-
program yang telah dirancang bagi meningkatkan
kecemerlangan pelajar-pelajar sama ada dalam bidang
Sekapur Sireh .. kurikulum, kokurikulum mahupun dari aspek sahsiah diri,
Seulas Pinang... terutamanya dalam menghadapi cabaran gelombang
kedua PPPM, iaitu perubahan dalam struktur sistem
pendidikan.
Bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, warga pendidik perlu
memperkasakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh itu,
semua pihak, terutamanya warga pendidik perlu menyedari bahawa mereka harus
melaksanakan transformasi pendidikan bagi mendepani dunia pendidikan yang
begitu pantas berubah seiring peredaran zaman. Anak-anak didik SMKSP
merupakan generasi harapan untuk pembangunan negara pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu , diharapkan warga pendidik akan sentiasa proaktif dan
sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi masing-masing dalam usaha
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini.
Selaras dengan itu, diharapkan Buku Pengurusan Sekolah 2020 ini dapat dijadikan
rujukan kita dalam menjalankan obligasi sebagai pendidik yang berkualiti.
Pembahagian tugas yang dirancang perlu dipatuhi untuk memastikan
tanggungjawab dapat dilaksanakan secara telus, adil dan sistematik. Hal ini amat
penting untuk melahirkan modal insan terbilang yang kita akan nampak hasilnya
melalui keputusan PT3, SPM, pencapaian kokurikulum dan rekod disiplin anak
didik SMKSP yang cemerlang.
Saya menyeru dan berdoa semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan
dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar
yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik di SMKSP. Hal ini amat penting bagi
memastikan segala yang dirancang dan diimpikan dapat dicapai berlandaskan
PPPM 2013-2025. Semoga kolaborasi warga SMKSP daripada barisan pentadbir, guru
dan staf akan terus menjulang nama sekolah ini dipersada dunia pendidikan.
(PN. CHAN WEI MAY)
Pengetua
SMK Seri Perling, Johor Bahru
1