Page 125 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 125

Pengurusan Kurikulum 2020



                           SEKOLAH  MENENGAH  KEBANGSAAN  SERI  PERLING
                           JALAN UNDAN 8, TAMAN PERLING                                          Tel : 07-2357521
                           81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.                                             Fax: 07-2325198
                                                                                         E-mail :smksp1@yahoo.com

                                                                           Ruj. Kami     : JEA 1050/600-9/2(1)
                                                                                        Tarikh      : 29 Disember 2019
            Kepada,
            Semua Guru
            Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling
            Johor Bahru

            Tuan/Puan,

            PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 2020

            Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

            2.  Pencerapan  Kendiri  akan  bermula  pada  awal  bulan  Januari  hingga  akhir  Mac,  Pecerapan  1  akan
            bermula dari awal bulan April hingga akhir bulan Julai, manakala Pencerapan 2 mulai bulan Ogos hingga
            November.

            3.  Guru-guru akan dicerap oleh sama ada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penolong Kanan Petang, Guru
            Kanan Mata Pelajaran (Rujuk Lampiran). Setiap guru wajib dicerap dua kali setahun.

            4.  Guru-guru  Kanan  yang  akan  mencerap  pengajaran  dan  pemudacaraan  boleh  membuat  temujanji
            dengan guru berkenaan. Selepas pencerapan, perbincangan akan dijalankan.

            5.  Guru-guru yang akan dicerap dikehendaki menyediakan Fail Rekod Mengajar Guru dan satu set buku
            latihan / nota pelajar di atas meja untuk disemak oleh pegawai yang mencerap.

            6.  Guru-guru  Kanan  yang  mencerap  dikehendaki  menyerahkan  1  salinan  borang  pencerapan  kepada
            Pengurusan PK04.

            7.   Guru  yang  dicerap  dikehendaki  menyerahkan  1  salinan  borang  pencerapan  kepada  Ketua  Panitia.
            Salinan  asal  disimpan  di  dalam  Fail  PBPPP  guru.  Satu  salinan  disimpan  di  dalam  Fail  Rekod  Mengajar
            Guru(Bahagian G).

            Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.


            “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

            Saya yang menjalankan amanah,



            ..............................................................
            (PN. CHAN WEI MAY)
            Pengetua,
            SMK Seri Perling,
            Johor Bahru.












                                                                                                              114
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130