Page 141 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 141
Pengurusan Kurikulum 2020
(C) Guru Tingkatan
1. Slip Keputusan Penilaian Kurikulum / Peperiksaan Kad 001 mesti diisi dan dilengkapkan oleh guru
tingkatan. Slip Keputusan Penilaian Kurikulum / Peperiksaan mesti diserahkan ke pejabat pada
tarikh yang telah ditetapkan sebelum diserahkan kepada murid untuk ibu bapa.
2. Borang Markah dicetak dalam dua (2) salinan bagi Tingkatan Peralihan, 4 dan 5 mengikut
kedudukan dalam kelas (atau format yang ditetapkan) berdasarkan Penilaian Kurikulum /
Peperiksaan sekolah untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman pada tarikh yang
ditetapkan.
3. Markah kelas untuk semua mata pelajaran Penilaian Kurikulum / Peperiksaan hendaklah
dilengkapkan dalam Buku Rekod Mengajar Guru Tingkatan.
4. Murid tingkatan Peralihan, 4 dan 5 diwajibkan mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan selain daripada mata pelajaran teras dan elektif bagi semua peperiksaan.
5. Murid yang tidak hadir semasa Penilaian Sumatif / Peperiksaan tidak dibenarkan menduduki
Penilaian Sumatif / Peperiksan gantian walaupun mempunyai surat cuti sakit kecuali murid yang
mewakili sekolah untuk sebarang aktiviti atau pertandingan anjuran pihak PPD, JPNJ atau
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(D) Pengawasan Murid Semasa Peperiksaan Dalaman
1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid dengan baik.
2. Susunan meja dan kerusi mesti mengikut peraturan peperiksaan, sekurang-kurangnya 1.2 meter
jauh dari meja yang lain.
3. Setiap guru hendaklah memastikan semua murid telah meletakkan beg-beg mereka di luar kelas.
4. Murid-murid tidak dibenarkan meminjam atau memberi apa-apa alat tulis kepada murid lain.
5. Murid-murid tidak dibenarkan keluar ke tandas kecuali dengan kebenaran guru. Guru hendaklah
mencatat nama dan waktu pelajar keluar.
6. Guru mesti memantau dan mengawal kelas dengan teliti dan aktif.
7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar awal dari bilik darjah kecuali pada masa rehat atau selepas
waktu persekolahan.
8. Bagi ujian penilaian, kertas jawapan disediakan oleh pelajar-pelajar manakala bagi peperiksaaan
Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun kertas akan dibekalkan oleh sekolah.
130