Page 175 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 175
Pengurusan Kokurikulum 2020
BIDANG TUGAS KOKURIKULUM
Penyelaras Perhimpunan Kokurikulum :
Mengatur dan menyelia perjalanan Perhimpunan Kokurikulum.
Menyelaraskan unit-unit yang bertugas untuk mengetuai perbarisan semasa perhimpunan
dijalankan.
Penyelaras Unit Beruniform/ Persatuan/ Kelab :
Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/ kelab/ pasukan/ unit beruniform.
Membantu perjalanan Perhimpunan Kokurikulum.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan Minit Mesyuarat difailkan dengan baik.
Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan Ahli Jawatankuasa diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
Menyediakan Buku Kokurikulum
Menguruskan Buku Kokurikulum.
Memastikan dan mengumpulkan semua Pelan Tindakan diselesaikan sebelum tarikh yang
ditetapkan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Memastikan Buku Laporan setiap unit dihantar dan disemak selepas aktiviti dijalankan.
Memastikan setiap pencapaian pelajar diisi oleh guru penasihat dan dibuat dokumentasi
selepas mengadakan aktiviti.
Setiausaha Kokurikulum :
Menyelaras semua aktiviti Kokurikulum.
Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemas kini dan mencukupi.
Menulis Minit Mesyuarat setiap kali diadakan Mesyuarat Kokurikulum.
Membantu Penolong Kanan Kokurikulum dalam urusan yang berkaitan dengan kokurikulum.
Setiausaha Sukan :
Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
Memastikan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM
dijalankan.
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti dan peralatan.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan, dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.
Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
162