Page 197 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 197
Pengurusan Pendidikan Khas 2020
`
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha
yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
MOTTO, VISI DAN MISI
Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP)
SMK Seri Perling
----------------------------------------------------------------------------------------------
MOTTO
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA
VISI
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas
Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan
MISI
Membangunkan modal insan,
berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan :
System pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
Perkembangan potensi diri, ketahap optimum
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
183