Page 93 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 93
Pengurusan Am 2020
36.0
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERLING
JALAN UNDAN 8, TAMAN PERLING
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. Tel : 07-2357521
Fax: 07-2325198
E-mail :smksp1@yahoo.com
Ruj.Kami : JEA1050/600-9/4( )
Tarikh : 26 Disember 2019
Kepada
Semua Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling,
Johor Bahru.
Tuan/Puan,
PENGHANTARAN DAN PENYEMAKAN FAIL REKOD MENGAJAR GURU (FRMG) 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
1. Tuan/Puan hendaklah melengkapkan dan menghantar Fail Rekod Mengajar Guru (FRMG)
kepada Pengetua pada hari Khamis setiap hujung bulan atau pada perubahan tarikh yang
ditetapkan.
2. Manakala pada minggu pertama, kedua, dan ketiga, buku tersebut perlu dihantar kepada Guru
Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran (Sila rujuk lampiran).
3. Fail berkenaan juga hendaklah dihantar ke pejabat sebelum cuti persekolahan.
4. Tindakan tegas boleh diambil ke atas guru-guru yang lewat dan tidak menghantar Fail Rekod
Mengajar Guru (FRMG) mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
………………..……………….
(PN. CHAN WEI MAY)
Pengetua,
SMK Seri Perling,
Johor Bahru.
83