Page 127 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 127

PENGKOMPAUNAN



               11  PROSES PENGELUARAN KOMPAUN


                       Kompaun  akan  dikenakan  ke  atas  IPTS  atau  seseorang

                       sekiranya tindakannya telah disabitkan dengan mana-mana

                       kesalahan  di  bawah  Akta  555  dan  peraturan-peraturan  di
                       bawahnya.  Proses  pengeluaran  kompaun  adalah  seperti

                       berikut:


                       11.1 Keizinan Bertulis TPR bagi mengkompaun kesalahan



                              Semua  IP  yang  dibuka  hendaklah  dirujuk  kepada
                              Penasihat Undang-undang selaku Timbalan Pendakwa

                              Raya (TPR) bagi mendapatkan keizinan secara bertulis

                              sama ada kesalahan berkenaan boleh dikompaun atau
                              didakwa di mahkamah.


                       11.2  Penetapan amaun kompaun



                              a. Setelah  mendapat  izin  kompaun  dari  TPR,  IP  akan
                                 dirujuk  kepada  Pendaftar  dan  Timbalan  Pendaftar

                                 bagi  mencadangkan  dan  mendapatkan  persetujuan

                                 amaun kompaun daripada Ketua Pendaftar.


                              b. Penetapan  amaun  kompaun  oleh  Ketua  Pendaftar
                                 tertakluk  kepada  seksyen  86(2)  Akta  555  iaitu

                                 penetapan  amaun  kompaun  adalah  tidak  melebihi

                                 lima  puluh  peratus  (50%)  daripada  nilai  denda
                                 maksimum  mengikut  seksyen  kesalahan  yang

                                 dilakukan.



                                                                 Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                            Jabatan Pendidikan Tinggi | 13
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132