Page 145 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 145

PENGKOMPAUNAN



               Contoh surat maklum balas kepada OKK ke atas rayuan kompaun

               yang dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.





                                                           Ruj. Kami  : JPT(BPI)(S)2000/XX/XX Jld. X  ( XX )
                                                           Tarikh        : XX April XXXX

                 Ketua Eksekutif
                 XXXXX,
                 XXXXX

                 Tuan,

                 RAYUAN KOMPAUN BAGI KESALAHAN  SEKSYEN 40(2) AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN
                 TINGGI SWASTA 1996 [AKTA 555]

                 Dengan  hormatnya  saya  merujuk  kepada  perkara  di  atas.  Surat  Jabatan  ini  rujukan
                 JPT(BPI)(S)2000/XX/XX/Jld.X(XX)  bertarikh  21  Disember  2018  dan  surat  tuan  rujukan
                 XXXXX/JPT/X-XX bertarikh XX Mac XXX adalah berkaitan.

                 2.      Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan bagi mengecualikan tawaran kompaun
                 rujukan KPT 86A/9/18/(84) bertarikh 03 Oktober 2018 adalah tidak dapat dipertimbangkan.
                 Sehubungan itu, tawaran kompaun yang bernilai RM25,000 bagi kesalahan di bawah Seksyen
                 40(2) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] kerana melanggar syarat yang
                 dikenakan Ketua Pendaftar dalam mengendalikan kursus tidak mengikut tempoh yang diluluskan
                 adalah dikekalkan.

                 3.      Selaras keputusan ini, pembayaran notis tawaran hendaklah dibuat atas nama Akauntan
                 Negara Malaysia - KPM - T melalui bank draf sebelum XX Mei XXXX. Surat tuan hendaklah
                 dialamatkan kepada:

                          Ketua Pendaftar
                          Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
                        Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                          Jabatan Pendidikan Tinggi
                          Aras 5, No. 2. Menara 2,
                          Jalan P5/6. Presint 5
                          62200 Putrajaya








                                                                 Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                            Jabatan Pendidikan Tinggi | 31
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150