Page 197 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 197

PENDAKWAAN

                     6.2.  Kertas Pertuduhan (Charge Sheet)



                              6.2.1. Kertas Pertuduhan  merupakan  dokumen  rasmi
                                       tuduhan         yang         disediakan          oleh        agensi

                                       penguatkuasaan bagi menerangkan kesalahan

                                       yang dilakukan oleh tertuduh.


                              6.2.2. Penyediaan               Kertas         Pertuduhan             adalah

                                       menggunakan format Borang A - Mahkamah 114.
                                       Sekiranya ruangan pertuduhan pada borang tidak

                                       mencukupi, lampiran boleh digunakan.



                              6.2.3. Pertuduhan hendaklah dirangka dengan tepat dan

                                       betul oleh IO atau PO sendiri mengikut undang-
                                       undang supaya tertuduh diberitahu dengan jelas

                                       berkenaan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.


                              6.2.4. Ini selaras dengan Kanun  Prosedur Jenayah

                                       (KPJ) di mana:


                                      a.     Seksyen  152  KPJ  menyatakan  setiap

                                             pertuduhan perlu dinyatakan dengan jelas

                                             berdasarkan  Akta  dan  didefinisikan  dengan
                                             tepat.



                                      b.     Seksyen 153 KPJ  menyatakan Kertas
                                             Pertuduhan perlu mengandungi masa dan

                                             waktu kejadian kes serta maklumat tertuduh

                                             dengan betul.







                                                                  Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                            Jabatan Pendidikan Tinggi | 26
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202