Page 204 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 204
PENDAKWAAN
6.4 Saman (Summons)
6.4.1 Saman adalah satu dokumen undang-undang yang
dikeluarkan dan disahkan oleh mahkamah yang
bertujuan mengkehendaki kehadiran seseorang
untuk menjawab pertuduhan yang dihadapkan ke
atasnya. Peruntukan tentang saman diterangkan
dalam Seksyen 34 KPJ.
6.4.2 Penyediaan Saman adalah menggunakan borang
Mahkamah 111. IO perlu melengkapkan borang ini
dengan pertuduhan dengan mengisi dalam
ruangan yang disediakan atau dilampirkan sebagai
Lampiran A.
6.4.3 Berikut merupakan butiran penting yang perlu diisi
oleh IO dalam penyediaan saman untuk
diserahkan kepada mahkamah semasa
pendaftaran kes iaitu:
a. Nama Mahkamah
b. Nama Syarikat & Alamat Tertuduh
c. Pertuduhan (biasanya dirujuk pada
Lampiran A)
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 33