Page 31 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 31
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
7.1 Aktiviti Pemeriksaan
Aktiviti pemeriksaan melibatkan tiga (3) aktiviti iaitu:
7.1.1 Persediaan sebelum menjalankan pemeriksaan.
7.1.2 Proses semasa menjalankan pemeriksaan di lokasi.
7.1.3 Tindakan yang perlu dibuat selepas pemeriksaan di lokasi.
Aktiviti pemeriksaan ini dilaksanakan setelah lantikan Pegawai
Penyiasat dibuat secara bertulis bagi menggunakan kuasa-kuasa
yang ada di bawahnya berdasarkan peruntukan Seksyen 65 dan
66 Akta IPTS 1996 [Akta 555]. Pemeriksaan dijalankan
berpandukan maklumat/ aduan (FIR) yang diterima daripada
sumber-sumber tertentu yang menunjukkan bahawa berlaku
perlanggaran Akta 555.
Aktiviti pemeriksaan ini merupakan elemen yang sangat penting
bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi mengesahkan
berlakunya pelanggaran terhadap peruntukan akta. Maklumat
dapat dikumpul melalui:
i. Pemerhatian/ pemantauan.
ii. Mengenalpasti modus operandi.
iii. Pemeriksaan ke atas dokumen dan rekod.
iv. Mengambil keterangan saksi atau individu
bertanggungjawab.
v. Pengesahan dari lain-lain agensi yang berkaitan.
vi. Mengambil gambar.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |24