Page 38 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 38
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
B Perbincangan IO, CRO & RO
IO bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada CRO dan
RO sebelum menjalankan aktiviti pemeriksaan. Perbincangan ini
penting bagi memastikan kelancaran semasa proses pemeriksaan
dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan
adalah seperti berikut:
i. Tujuan pemeriksaan dijalankan dan hasil yang diperlukan dari
aktiviti pemeriksaan tersebut.
ii. Modus operandi melibatkan ke lokasi kes, urusan waran
geledah, urusan laporan polis dan lain-lain perkara yang
difikirkan perlu.
iii. Mengenalpasti dokumen, saksi yang relevan bagi pembuktian
kes dan individu yang bertanggungjawab atas keslahan yang
dilakukan.
iv. Pembahagian tugas di lokasi pemeriksaan:
a. Semakan dokumen.
b. Pemeriksaan seluruh premis.
c. Mengambil gambar.
d. Melakar rajah kasar.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |31