Page 44 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 44
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
D Waran Geledah & Laporan Polis (Jika Perlu)
Waran geledah merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh
mahkamah bagi memberi kuasa kepada IO dan pasukan
pemeriksa menggeledah premis untuk tujuan mendapatkan bahan
bukti kes yang disiasat selaras dengan peruntukan di bawah
Seksyen 67 Akta 555. Waran geledah hanya boleh dikeluarkan
oleh Majistret atau Pendaftar mahkamah sahaja. IO perlu
memohon untuk mendapatkan waran geledah daripada
mahkamah di dalam daerah di mana lokasi pemeriksaan itu
hendak dijalankan.
Penggeledahan juga boleh dibuat tanpa waran atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan berdasarkan Seksyen 68 Akta 555.
Laporan polis hendaklah dibuat sebelum dan selepas (jika perlu)
pemeriksaan dilaksanakan.
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada mahkamah
oleh IO bagi mendapatkan waran geledah adalah seperti berikut:
i. Surat permohonan waran geledah (ditandatangani oleh IO)
dan senarai nama pegawai yang menjalankan pemeriksaan/
siasatan.
ii. Surat akuan bersumpah.
* Dokumen berkaitan dengan urusan waran geledah hendaklah
dibuat dalam 3 salinan (1 salinan untuk mahkamah, 1 salinan untuk
fail pejabat dan 1 salinan untuk simpanan IO).
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |37