Page 118 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 118

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                             2021




               12.0   PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM ‘JOM JENGUK ASRAMA’,
                        ‘HOMEROOM ASRAMA SEMAJA’ dan SUBUH CARE DAN HAFAZAN
                         PELAJAR ASRAMA.

               i)   Melaksanakan dan menjayakan PROGRAM ‘JOM JENGUK ASRAMA’ , HOMEROOM ASRAMA SEMAJA’ dan
                  SUBUH CARE DAN HAFAZAN PELAJAR ASRAMA dengan membantu warden memantau perkara-perkara
                  berikut :
                    a) Semua murid perlu mematuhi jadual prep, jadual solat, jadual mengaji al-Quran, jadual tugas harian dan
                    aktiviti
                         riadah.
                    b) Memastikan kawasan asrama bersih dan ceria
                    c) Memastikan murid yang sakit mendapat rawatan/ bantuan yang sewajarnya.
                    d) Memastikan semua program asrama dapat dilaksanakan dengan jayanya.
                    e) Memaklumkan kepada warden/Penyelia Asrama/PK HEM untuk sebarang tindakan segera yang perlu
                    diambil
                         khasnya yang berkaitan dengan keselamatan, kebersihan dan kebajikan.

               ii) Guru bertugas untuk  Program ‘Jom Jenguk Asrama’ perlu berada di asrama selama sejam pada waktu prep
                 malam (8.30 – 10.30 malam) atau prep siang (3.00 – 4.30 petang ) mengikut jadual waktu bertugas seperti di
                 bawah.
                  Catatan : Sekiranya guru berkenaan tidak berkelapangan pada waktu siang, guru DIGALAKKAN melakukan
                 pemantauan pada waktu malam kerana semua murid berada di asrama pada waktu malam.(SARANAN KPM)

               iii)  Bagi Program Homeroom pula, guru yang bertugas hendaklah datang ke  dorm yang telah ditetapkan mengikut
                  jadual di bawah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Guru hendaklah membantu penghuni dorm dari segi
                  keceriaan dan kekemasan dorm tersebut.

               iv) Bagi Program Subuh Care dan Hafazan Asrama, guru yang bertugas perlu memantau pelaksanaan program
                  tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

               v) Guru Bertugas dikehendaki menulis laporan hasil pemantauan di asrama di dalam Buku Laporan JOM JENGUK
                  ASRAMA, HOMEROOM dan SUBUH CARE DAN HAFAZAN ASRAMA yang terdapat di pondok Pengawal
                  Keselamatan.











                   “Melestarikan pendidikan abad ke-21, meningkatkan
                      potensi murid menerusi pentaksiran bilik darjah

                                                  (PBD)”












               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                                107
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123