Page 31 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 31
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021 24
Senarai tugas :
Jawatankuasa Pusat Sumber
Menyediakan carta organisasi JK Penyelaras Pusat Sumber dan mempamerkan pada papan kenyataan
Mengetahui dan menghebahkan pusat sumber terdiri daripada Perpustakaan dan Unit Teknologi Pendidikan
(UTP) dan UTP pula terdiri daripada APD, Bilik Tayangan, Bilik Komputer dan Makmal Bahasa
Menyelaras semua program media yang dirancang pelaksanaannya
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber, perbelanjaan pengurusan, penyelenggaraan
dan pembangunan
Memberi khidmat dan kepakaran PdPc berhubung dengan teknologi pendidikan dan bidang latihan
Membantu merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
Memberi motivasi kepada guru dan pelajar ke arah menggunakan pelbagai media pendidikan
Merancang untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber
Sekolah
Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi luar yang berkaitan dengan Pusat Sumber
Menyediakan Laporan Tahunan dan Penyebaran
Mendapatkan maklum balas penggunaan Pusat Sumber daripada Guru - guru Panitia Mata Pelajaran dan
menyebarkan maklumat tersebut semula
Perpustakaan / Media
Mengagihkan peruntukan perpustakaan untuk setiap aspek yang diperlukan seperti buku, akhbar, majalah,
alatan, perabot dan pengawas perpustakaan
Menyediakan senarai buku yang dibeli atas nasihat ketua panitia, AJK perpustakaan dan menyemak daripada
katalog buku
Mengisi borang pesanan daripada katalog buku
Menyediakan dan mengisi senarai peralatan dalam buku stok / buku peralatan
Memberikan nombor-nombor pengkelasan mengikut Sistem Dewey
Menjalankan kerja-kerja pemprosesan seperti membuat poket, kad pinjaman dan kad katalog
Memasukkan dan mengemas kini buku dan majalah di rak yang berkenaan
Menyediakan fail tegak untuk sesuatu bidang pelajaran
Mempamerkan keratan-keratan alih bahasa dan lain-lain pada papan lembut perpustakaan
Menyediakan sudut buku-buku baharu dan poster-poster
Melantik pengawas perpustakaan secara rasmi
Menyediakan jadual bertugas pengawas
Memastikan pengawas perpustakaan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik perpustakaan