Page 5 - Galeria Cawangan Kerja Keselamatan 2019 JKR Malaysia
P. 5
هتاكربو ىلاعت الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya, telah dipermudahkan urusan penerbitan
Galeria Cawangan Kerja Keselamatan 2019. Sekalung
tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang editor
yang telah memberi komitmen yang tidak berbelah bagi
dan mengembeleng tenaga, usaha dan idea untuk
merealisasikan penerbitan buletin yang menjadi wadah
informasi berkaitan kejayaan dan aktiviti Cawangan
Kerja Keselamatan (CKS) JKR Malaysia.
Objektif penerbitan buletin ini adalah sebagai platfom
hebahan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang 2019. Komitmen padu yang
Ir. Hj. DZARIF BIN YAACOB telah dizahirkan oleh barisan anggota CKS telah
Pengarah menjadi pemangkin terhadap dokumentasi dan
Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) pengisian buletin ini dan hasilnya lahirlah naskah ini
yang semestinya menjadi produk yang boleh dijadikan
Ibu Pejabat JKR Malaysia bahan santapan minda.
Usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan informasi
dan fungsi CKS terus dihebahkan demi mengekalkan
signifikasi dan peranan CKS sebagai salah satu
cawangan utama di JKR Malaysia. Di kesempatan ini
juga, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih serta menyeru
agar kita semua dapat berganding bahu dan bergerak
seiring dengan satu suara dan satu harapan demi
memastikan Jabatan Kerja Raya Malaysia kekal
sebagai jabatan teknikal utama negara.
2 PERUTUSAN PENGARAH