Page 5 - Galeria Cawangan Kerja Keselamatan 2019 | IP JKR Malaysia
P. 5
هتاكربو ىلاعت الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya, telah dipermudahkan urusan
penerbitan Galeria Cawangan Kerja Keselamatan
2019. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada
sidang Redaksi kerana telah memberi komitmen yang
tidak berbelah bagi dalam menggembleng tenaga,
usaha dan idea untuk merealisasikan penerbitan buletin
yang menjadi wadah informasi berkaitan kejayaan serta
aktiviti Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) JKR
Malaysia.
Objektif penerbitan buletin ini adalah sebagai
platform hebahan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang 2019. Komitmen padu yang
telah dizahirkan oleh barisan anggota CKS telah
menjadi pemangkin terhadap dokumentasi dan
pengisian buletin ini dan hasilnya lahirlah naskah ini
yang semestinya menjadi produk yang boleh dijadikan
bahan santapan minda.
Ir. Hj. DZARIF BIN YAACOB
Usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan
Pengarah informasi dan fungsi CKS terus dihebahkan demi
Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) mengekalkan signifikasi dan peranan CKS sebagai
Ibu Pejabat JKR Malaysia salah satu cawangan utama di JKR Malaysia. Di
kesempatan ini juga, sekali lagi saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih serta menyeru agar kita semua dapat
berganding bahu dan bergerak seiring dengan satu
suara dan satu harapan demi memastikan Jabatan
Kerja Raya Malaysia kekal sebagai jabatan teknikal
utama negara.
2 PERUTUSAN PENGARAH