Page 2 - e-Book Amali Biologi Persekitaran 1
P. 2
AMALI 1
TAJUK :
Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan
PENGENALAN :
Alam di sekeliling kita terdiri daripada dua komponen utama iaitu abiotik dan biotik.
Komponen abiotik merupakan benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, udara, cahaya
matahari dan kelembapan manakala komponen biotik merujuk kepada benda-benda hidup
yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara dua komponen ala mini
membentuk satu jaringan yang dikenali sebagai ekosistem. Sesuatu ekosistem dibentuk oleh
tumbuhan dan haiwan (biodiversity) dengan komponen-komponen abiotik yang akan
berkerjasama untuk menjana, memindahkan dan menyimpan tenaga, air dan nutrien dariapda
alam sekitar. Sebagai contoh, tumbuhan mendapat dan menjanakan tenaga dariapda proses
fotosintesis dan tenaga tersbeut disimpan falam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan tersebut
manakala haiwan akan menyimpan protein atau lemak selepas ia memakan tumbuhan
tersebut. Organisma-organisma tanah pula berfungsi menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan
haiwan yang telah mati untuk mengembalikan nutrien kepada tanah semula dan akan
digunkaan oleh tumbuhan-tumbuhan baharu. Setiap organisma dalam ekosistem ini
memainkna peranan yang penting bagi memastikan kestabilan dan kepelbagaian alam sekitar
terjaga.
Ekosistem adalah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam suatu
komuniti ynag lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera merupakan kesleuruhan zom Bumi,
air dan atmosfera yang terdapatnya hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran
antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat
memenuhi keperluan organisma yang ada di muka Bumi. Ekosistem adalah sistem terbuka di
mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran
tenaga dalam ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja dimana ianya dimulakan dengan
autortrof fotosintetik yang menjana tenagan menggunakan cahaya matahari untuk proses
fotosintesis seterusya menyimpan tenagatersebut dalam bentuk sebatian organik yang
banyak sebagai contoh rumput dan tumbuhan kecil yang seterusya menjadi sumber utama
sesuatu jaringan makana dalam sekosistem tersebut. Sesuatu jaringan makanan terdiri
daripada beberapa rantai makan yang bergabung. Setiap ranta makan bermula dari
pengeluar, pengguna (primer, sekunder, tertier) dan pengurai. Tenaga yang masuk ke dalam
sesuatu rantai atau jaringan makanan akan hilang ke persekitaran dalam bentuk metabolisme.