Page 11 - SriKerian_edisi42_small_Neat
P. 11

Sri Kerian Edisi    42

        KATA  ALU-ALUAN


        PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN

        Bismilahir Rahmanir Rahim
        Assalamualaikum    Warahmatullahiwabarakatuh  dan  Salam
        Sejahtera
        Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Sekolah
        Menengah Kebangsaan Kubang Kerian, Kota Bharu atas insiatif
        dan ke hiizaman yang tinggi telah berjaya menghasilkan majalah
        “Sri Kerian” yang menjadi tradisi pihak sekolah menerbitkannya.
        Saya  percaya  kejayaan  menghaslkan  majalah  ini  adalah  atas
        usaha dedikasi kebersamaan semua pihak Sekolah Menegah Kebangsaan Kubang Kerian
        Kota Bharu yang berganding bahu menjana idea bagi merealisasikankannya agar menjadi  satu
        rakaman  dokumentasi  maklumat  dan  peristiwa  penting  sepanjang    tahun  2017.    Walaupun
        dalam era teknologi digital dan maya abad ini, namun penghasilan majalah sekolah seumpamaan
        ini masih penting sebagai waharia pendokumentasian maklumat dan peristiwa tahunan sekolah.

        Tahun 2018 merupakan tahun yang mencabar khususnya untuk pendidikan negeri Kelantan dan
        juga Kementerian Pendidikan Malaysia amnya  kerana  tahun 2018 adalah tahun permulaan bagi
        pelaksanaan pelbagai inisiatif Gelombang ke-2 (2016-2020) Pelan Pembangunan Pendidikan
        Malaysia 2013-2025. Dalam tempoh 5 tahun mendatang ini wacana memacukan peningkatan
        sistem yang berkesan menjadi fokus utama pada semua   peringkat kemeterian,   jabatan dan
        daerah.  Oleh yang demikian sebagai warga  pendidik yang berintegriti dan menghayati akal budi
        yang  tinggi,  marilah  kita  semua  berusaha  merealisasikan  visi    dan  misi  Jabatan  Pendidikan
        Negeri  Kelantan  dengan  matlamat  untuk  menghasilkan  murid  yang  bukan  sahaja  cemerlang
        dalam bidang akademik tetapi turut mempunyal sahsah diri  yang tinggi dan mempunyai jati diri
        nasional.

        Saya menyeru dan mengajak  pemimpin sekolah,  guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan
        ahli komuniti untuk bersama-sama menggembleng idea, tenaga dan itizam bagi menjayakan
        agenda pendidikan negeri Kelntan  seiring dengan Transformasi Perdidikan Negera.  Saya yakin
        pendidikan negeri Kelantan akan sentiasa berada pada landasan dan kedudukan  terbaik dalam
        semua aspek sekiranya sikap dan kesungguhan warga pendidik sekalian sentiasa  disiapsiagakan
        demi merealisaskan kemenjadian murid-murid di sekolah.
        Akhir kata saya mendoakan semoga   warga pendidk Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang
        Kerian, Kota Bharu terus  dapat memberi sumbangan terbaik kepada kejayaan murid-murid dan
        diharapjkan “Sri Kerlan”   ini dapat menjadi sumber rujukan dokumentasi sekola h sepanjang
        masa.

                            “Mendepani Kecemerlangan Pendidikan Kelantan”




        MUHAMMAD ZAHARI BIN OTHMAN, P.S.K.,  A.S.K.
        Pengarah Pendidikan
        Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan



                                                   9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16